Kota Lukut taman warisan,
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang.

Friday, June 11, 2010

PROJEK KHAS PUM 3






KIOSK CAWANGAN ASRAMA (KEDAI ASRAMA)

Menyediakan kemudahan menjual semua jenis keperluan am pelajar asrama seperti baldi, sabun, syampu, berus dan ubat gigi, penyangkut baju dan lain-lain termasuk makanan dan minuman ringan.

Objektif penubuhan PUM di asrama SMKYTR ialah;

1. Memberi peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti perniagaan di sekolah.

2. Pelajar dapat menunjukkan bakat, kebolehan dan mengembangkan potensi diri dalam bidang keusahawanan.

3. Pelajar menyatakan minat serta kelebihan yang ada dalam bidang ini selain daripada bergiat aktif dalam salah satu bidang kokurikulum di sekolah ini.

4. Memberi kemudahan kepada para penghuni asrama untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka termasuklah makanan dan minuman tanpa perlu keluar dari kawasan sekolah (asrama)

Kumpulan Sasaran;

Kumpulan sasaran perlaksanaan program ini ialah semua penghuni asrama lelaki dan perempuan, seluruh warga sekolah dan para ibu bapa yang berurusan dengan anak-anak mereka.

Tempat Aktiviti Dijalankan;

Aktiviti jualan PUM di asrama dijalankan di kedai usahawan (kiosk) yang dibina hasil pengubahsuaian stor Bengkel Sains Pertanian menjadi kedai usahawan. Kedudukannya yang strategik iaitu bersempadan di antara asrama putera dan puteri dan bersebelahan dengan bilik belajar serta ruang ibu bapa menunggu.


Waktu urus niaga;

1. Pada hari biasa, perniagaan akan dijalankan pada waktu petang iaitu waktu riadah pada 4.30 ptg - 5.30 ptg untuk pelajar lelaki dan 5.30 ptg - 6.30 ptg untuk pelajar perempuan. Ini bagi bagi mengelakkan percampuran antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan semasa membeli.

2. Pada hari minggu atau cuti am pada jam 9.00 pg - 11.00 pg bagi pelajar lelaki manakala pada jam 11.00 pg - 1.00 tengahari bagi pelajar perempuan.

3. Setiap aktiviti jualan akan dijalankan oleh AJK yang dilantik.

4. Barang-barang jualan akan dibeli oleh guru pembimbing PUM manakala stok/rekod akan dilakukan oleh AJK PUM dengan bimbingan guru.


Kos pembinaan : RM2800.00. Wang yang diperuntukan oleh pihak sekolah.

PROJEK KHAS PUM 2






PEMBINAAN WAKAF NAEMAH SEBAGAI WAKAF ANGKAT PUM SMKYTR

Idea dan konsep pembinaan ini telah diilhamkan oleh Pengetua Cemerlang SMKYTR, Pn Hjh Hamidah bt Burok. Ini adalah salah satu usaha berterusan pihak sekolah untuk memartabatkan program ini dalam kalangan pelajar sekolah seterusnya memupuk minat para pelajar untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masa depan.

Nama 'Naemah' yang tertera pada wakaf tersebut adalah diambil sempena nama mantan pengetua kedua sekolah ini iaitu Datin Hjh Naemah bt Ahmad Dahalan (2007-2008). Wakaf ini telah diserahkan kepada Syarikat Mutiara PD Sdn Bhd untuk dikendalikan dan dijadikan wakaf angkat.

Tujuan;

Tujuan utama pembinaan wakaf ini adalah sebagai tempat penghuni asrama berehat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, pelbagai aktiviti asrama dan sekolah juga dapat dijalankan di wakaf ini. Pada wakaf ini disediakan sebuah papan kenyataan untuk ditampal atau dilekatkan sebarang info berkaitan Program Keusahawanan kepada pelajar.

Dengan adanya info-info serta motivasi keusahawanan ini, para pelajar dapat menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan berkaitan bidang ini. Mereka boleh membaca atau membuat rujukan dan diharapkan peluang ini tidak akan dipersiakan begitu sahaja. Lebih membanggakan lagi, segala yang berkaitan adalah tentang usahawan-usahawan bumiputera serta pelaksanaan PUM di sekolah-sekolah.

Konsep Wakaf

Wakaf yang dibina menggunakankayu dan beratap genting ini menelan kos sebanyak RM10000. Wakaf ini didirikan di perkarangan asrama putera dan dihias cantik serta lengkap dengan maklumat pelaksanaan PUM di sekolah serta perkara-perkara yang berkaitan untuk dibaca oleh pelajar dan orang ramai.

PROJEK KHAS PUM 1







PROJEK PERTANIAN: TANAMAN POKOK PISANG & PROGRAM BUMI HIJAU

Projek Pertanian PUM SMK Yam Tuan Radin merupakan satu lagi cabang perniagaan yang dijalankan oleh PUM sekolah ini sebagai satu cara memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya dan seluruh warga SMK Yam Tuan Radin amnya. Cetusan idea pelaksanaannya ini ekoran beberapa faktor;

1. Adanya kawasan lapang (tanah terbiar) di sekolah ini yang berkeluasan 0.7 ekar sesuai untuk tanaman pisang.

2. Mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Daerah Port Dickson.

3. Mendapat khidmat penasihat teknikal daripada bekas Penolong Pegawai Pertanian Daerah Port Dickson (Tn Hj Abd Hadi b Salim, PJK)

4. Lokasi kemudahan yang sesuai untuk Projek Bumi Hijau iaitu di perkarangan Kiosk PUM Cawangan Asrama.

5. Mempunyai kemudahan stor untuk menyimpan semua peralatan yang berkaitan pertanian.


Rasional pelaksanaan projek pertanian ini ialah;


1. Bidang pertanian merupakan antara kerjaya yang menjamin pendapatan lumayan selari dengan slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan'.

2. Memupuk budaya usahawan tani kepada generasi muda (pelajar sekolah)dengan penglibatan yang aktif dan praktikal.

3. Pelaksanaan projek pertanian menggunakan kaedah moden akan menarik minat pelajar untuk menceburi bidang ini.

4. Mengambil peluang daripada adanya tanah terbiar dalam kawasan sekolah yang sepatutnya diusahakan dengan aktiviti berfaedah seperti aktiviti pertanian.


Kaedah Pelaksanaan;

Untuk melaksanakan projek pertanian ini, satu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja telah dibentuk dengan penglibatan menyeluruh daripada semua warga sekolah. Ini bertujuan untuk meletakkan projek pertanian terutamanya tanaman pisang sebagai Projek Kebitaraan dan Mega Sekolah. Satu kertas kerja telah dibuat yang merangkumi setiap satu bahagian dalam pelaksanaan projek ini.


Harapan

Harapan pihak sekolah khususnya PUM sekolah ini agar pada masa akan datang projek ini akan berjaya dan menjadi rujukan kepada PUM dari sekolah-sekolah lain untuk melihat sejauh mana projek pertanian berjaya dilaksanakan di bawah Memupuk Budaya Keusahawanan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

AHLI LEMBAGA PENGARAH PUM SMKYTR





PRINSIP;

Kerjasama, Tekun dan Beretika adalah pemangkin kecemerlangan.

Bersama merealisasikan konsep 'Perniagaan adalah suatu ibadat'.

CARTA ORGANISASI PENASIHAT KELAB USAHAWAN MUDA BUMIPUTERA SMKYTR

SIJIL PENUBUHAN SYARIKAT

Thursday, June 10, 2010

BARANG-BARANG JUALAN, PRODUK & PERKHIDMATAN



A) MAKANAN DAN MINUMAN

1.Biskut
2.Roti
3.Kek
4.Kacang
5.Kerepek ubi/keropok ikan
6.Kebab
7.Coklat
8.Wafer
9.Maruku
10.Aiskrim
11.Minuman isotonic
12.Mineral water
13.Minuman kotak pelbagai perisa

B) PRODUK kreatif

1.Jambangan bunga
2.Kad ucapan
3.Bakul kertas

C) PERKHIDMATAN

1.Fotografi kamera digital
2.Pelancongan/lawatan
3.Kedai Asrama
4.Gunting rambut di asrama
5.Membekal makanan siap untuk pakej lawatan/sebarang aktiviti
6.Kebun pisang(daun,buah,anak pokok)

PIAGAM PELANGGAN SYARIKAT MUTIARA PD SDN BHD

Bahawa kami seluruh ahli dan pihak pengurusan Syarikat mutiara PD Sdn Bhd SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson, Negeri Sembilan berjanji bahawa;

1. Kami akan sentiasa memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan yang kami hargai.

2. Kami berpegang kepada prinsip 'pelanggan adalah raja'. Oleh yang demikian, kami akan sedaya upaya mempastikan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, barang serta produk yang kami sediakan.

3. Mengamalkan sikap mesra, amanah serta beretika tinggi semasa berurusan dengan para pelanggan.

4. Semua pelanggan akan dilayan dan perkhidmatan yang sama rata.

5. Mengurangkan waktu menungu terutamanya untuk mendapatkan sesuatu barangan serta perkhidmatan.

6. Bersedia menerima teguran, cadangan serta kritikan demi kebaikan bersama.

7. Tidak mengabaikan aspek kualiti dalam setiap perkhidmatan dan produk.

8. Menawarkanharga yang kompetitif dan tidak membebankan pengguna.

9. harga yang ditawarkan adalah fleksibel bergantung kepada harga pasaran semasa dan global.

10. Menjalankan tanggungjawab sosial (jihad bisnes) sebagai slah satu agenda
syarikat.

LOGO SYARIKAT




TAFSIRAN LOGO

1. BULAT (MERAH)

Melambangkan iltizam syarikat untuk terus MAJU dan berani menerokai peluang perniagaan serta mampu bersaing di peringkat global.

2. M (BIRU)

Melambangkan syarikat sentiasa MAJU ke hadapan dan sentiasa bijak mencari serta menerokai peluang perniagaan yang ada.

3. P (BIRU)

Melambangkan syarikat yang sentiasa PROGRESIF dalam menjalankan operasi tanpa mengabaikan tanggungjawab sosial.

4. D (BIRU)

Melambangkan identiti syarikat yang DINAMIK dan berdaya saing seiring dengan perkembangan semasa.

5. SEGI EMPAT


Melambangkan kerjasama dan permuafakatan dalam syarikat dengan mengamalkan konsep musyawarah dalam membuat keputusan.

6. LATAR BELAKANG PUTIH

Melambangkan keberkatan bidang keusahawanan seperti yang dituntut oleh agama dan berpegang kepada prinsip PERNIAGAAN ADALAH SUATU IBADAH.

OBJEKTIF KELAB PUM DI SEKOLAH

Objektif penubuhan Kelab PUM di SMK Yam Tuan Radin ialah;

1. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang yang diperolehi hasil kegiatan perniagaan serenar yang dijalankan di sekolah.

2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukan aktiviti jualan barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian di sekolah.

3. Pelajar dapat menguruskan sebuah kelab berdasarkan jawatan yang dipegang sama seperti sebuah syarikat SENDIRIAN BERHAD.

4. Pelajar-pelajar dapat mengetahui cara-cara menyediakan akaun syarikat, memasarkan produk, promosi dan kaedah pengurusan perniagaan.

5. Menyatakan pendirian bahawa bidang keusahawanan amat berpotensi besar untuk memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat serta negara.

MATLAMAT PENUBUHAN KELAB PUM DI SEKOLAH

Matlamat penubuhan Kelab Program Usahawan Muda di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson ini adalah antara lain bertujuan untuk;

1. Memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan melalui aktiviti perniagaan di sekolah.

2. Memberi kesedaran kepada para penduduk dan pelajar bahawa bidang keusahawanan merupakan satu kerjaya pilihan dan menjamin masa depan.

3. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara menguruskan perniagaan (Sdn Bhd) termasuk aspwk kewangan dan penyediaan akaun syarikat.

4. Memberi peluang kepada para pelajar untuk memegang jawatan penting dalam syarikat dan memainkan peranan masing-masing untuk memajukan syarikat.

5. Mengembangkan potensi yang ada pada diri pelajar untuk menjadi bakal usahawan pada masa depan.


6. Menjayakan program kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, MITI serta Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

VISI & MISI PUM

VISI

Menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masa depan bumiputera.

MISI


Membentuk ahli-ahli syarikat ke arah melahirkan usahawan bumiputea yang berdaya saing, maju dan cemerlang dengan mengamalkan konsep ibadat perniagaan.

MOTTO PUM

Maju, Progresif, Dinamik

Maju;
Mempastikan syarikat sentiasa berdaya maju dan produktif serta mampu bersaing.

Progresif;
Sentiasa bertindah secara progresif, aktif dan beretika dalam usaha mencapai sasaran syarikat.

Dinamik;
Sentiasa peka, bijak mengambil peluang bisnes dan mempastikan kepuasan pelanggan tanpa mengabaikan tanggungjawab sosial.

APA KATA GURU PEMBIMBING PUM...


Saya melihat bidang keusahawanan merupakan kerjaya yang patut menjadi pilihan terutama kepada generasi muda hari ini. Langkah proaktif kerajaaan memperkenalkan Program Usahawan Muda di sekolah-sekolah merupakan langkah bijak dalam erti kata menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar sejkolah.

Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah diberi kepercayaan dan amanah menjadi guru pembimbing dalam program ini. Berbekalkan minat yang mendalam seta bermotivasi untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan generasi bumiputera yang celik keusahawanan, maka saya akan terus berusaha untuk mempastikan setiap pelajar yang berkecimpung dalam program akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

Usaha-usaha membudayakan keusahawanan di sekolah ini akan sentiasa digerakkan. Saya yakin dan percaya bahawa Program Usahawan Muda ini akan berjaya matlamatnya dan wajar diteruskan demi menjayakan slogan 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan'

En. Mohd Yusof b Shafie
Guru Pembimbing PUM SMKYTR 2010

PENCETUS KEGEMILANGAN: Pengetua Cemerlang SMKYTR


Sebagai pengetua, saya tiada halangan malah menyokong penuh pelaksanaan Program Usahawan Muda di sekolah. Tahniah dan terimakasih kepada agensi pelaksana program ini kerana telah menganjurkan program seumpama ini sebagai satu usaha memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Program Usahawan Muda SMK. Lukut saya dapati amat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti. Banyak program ke arah memupuk budaya keusahawanan telah dijalankan dan mencapai kejayaan.

Lantaran itu, pihak sekolah telah mengumumkan baawa Program Usahawan Muda SMK. Lukut merupakan Program Kebitaraan Sekolah mulai tahun 2009. Saya optimis bahawa program ini akan berjaya


Pn Hajah Hamidah bt Burok
Pengetua Cemerlang SMK Yam Tuan Radin

Thursday, June 3, 2010

SEJARAH PUM SMKYTR


PUM SMK Yam Tuan Radin telah ditubuhkan pada tahun 2002 atas nama Syarikat Mutiara PD Sdn Bhd. Pada awalnya nama syarikat menggunakan nama Syarikat Al-Murabahah Sdn Bhd. Kemudian pada tahun 2007 nama syarikat telah ditukar kepada Starikat Mutiara PD Sdn Bhd. Ini sejajar dengan matlamat, hala tuju dan komitmen syarikat yang lebih efisyen dan berdaya maju.

Seramai 25 orang ahli syarikat telah manyertai syarikat ini. Syarikat ini sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam menjalankan operasi pelaksanaanya. Sejak dari tahun 2004 hingga 2009, pelbagai kejayaan dan anugerah telah dicapai terutama di peringkat Negeri Sembilan. Lebih membanggakan apabila PUM sekolah ini merupakan antara syarikat yang paling kerap menyertai Konvensyen Nasional PUM iaitu dari 2004 hingga 2009. Kejayaan ini adalah usaha hasil kejayaan semua pihak yang berwajib termasuklah Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNS)serta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) atas inisiatis mengelolakan program seumpama ini.