Program Usahawan Muda (PUM) ini diperkenalkan hasil penyelidikan dan diasaskan oleh mereka yang berpengalaman serta beranggapan bahawa keusahawanan ini boleh dibentuk melalui pendidikan dan latihan sejak dari bangku sekolah lagi.
Kota Lukut taman warisan,
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang.
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang.
Friday, October 1, 2010
PROJEK BARU PUM: PROJEK KITCHEN GARDEN
Projek Kitchen Garden /Edible Landscape yang dilaksanakan di sekolah-sekolah Negeri Sembilan merupakan antara program yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Persekutuan(FAMA) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS). Idea pelaksanaan projek ini adalah kesinambungan kepada pelaksanaan Program Bumi Hijau yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
SMK YAM Tuan Radin telah terpilih bersama sembilan (9) lagi sekolah menengah di Negeri Sembilan (kategori sekolah menengah)untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dengan mengambil kira manfaat yang bakal diperoleh melalui projek ini, maka Projek Kitchen/Edible Landscape telah dilaksanakan di sekolah ini. Pelaksanaan projek ini merupakan kolaborasi antara Kelab Program Usanawahan Muda (PUM, Persatuan Sains dan Matematik dan Kelab Kemahiran Hidup dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKYTR serta Jabatan Pertanian Daerah Port Dickson.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment