Kota Lukut taman warisan,
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang.

Thursday, June 10, 2010

APA KATA GURU PEMBIMBING PUM...


Saya melihat bidang keusahawanan merupakan kerjaya yang patut menjadi pilihan terutama kepada generasi muda hari ini. Langkah proaktif kerajaaan memperkenalkan Program Usahawan Muda di sekolah-sekolah merupakan langkah bijak dalam erti kata menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar sejkolah.

Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah diberi kepercayaan dan amanah menjadi guru pembimbing dalam program ini. Berbekalkan minat yang mendalam seta bermotivasi untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan generasi bumiputera yang celik keusahawanan, maka saya akan terus berusaha untuk mempastikan setiap pelajar yang berkecimpung dalam program akan mendapat manfaat yang sewajarnya.

Usaha-usaha membudayakan keusahawanan di sekolah ini akan sentiasa digerakkan. Saya yakin dan percaya bahawa Program Usahawan Muda ini akan berjaya matlamatnya dan wajar diteruskan demi menjayakan slogan 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan'

En. Mohd Yusof b Shafie
Guru Pembimbing PUM SMKYTR 2010

No comments:

Post a Comment