Kota Lukut taman warisan,
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang.

Friday, June 11, 2010

PROJEK KHAS PUM 1







PROJEK PERTANIAN: TANAMAN POKOK PISANG & PROGRAM BUMI HIJAU

Projek Pertanian PUM SMK Yam Tuan Radin merupakan satu lagi cabang perniagaan yang dijalankan oleh PUM sekolah ini sebagai satu cara memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya dan seluruh warga SMK Yam Tuan Radin amnya. Cetusan idea pelaksanaannya ini ekoran beberapa faktor;

1. Adanya kawasan lapang (tanah terbiar) di sekolah ini yang berkeluasan 0.7 ekar sesuai untuk tanaman pisang.

2. Mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Daerah Port Dickson.

3. Mendapat khidmat penasihat teknikal daripada bekas Penolong Pegawai Pertanian Daerah Port Dickson (Tn Hj Abd Hadi b Salim, PJK)

4. Lokasi kemudahan yang sesuai untuk Projek Bumi Hijau iaitu di perkarangan Kiosk PUM Cawangan Asrama.

5. Mempunyai kemudahan stor untuk menyimpan semua peralatan yang berkaitan pertanian.


Rasional pelaksanaan projek pertanian ini ialah;


1. Bidang pertanian merupakan antara kerjaya yang menjamin pendapatan lumayan selari dengan slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan'.

2. Memupuk budaya usahawan tani kepada generasi muda (pelajar sekolah)dengan penglibatan yang aktif dan praktikal.

3. Pelaksanaan projek pertanian menggunakan kaedah moden akan menarik minat pelajar untuk menceburi bidang ini.

4. Mengambil peluang daripada adanya tanah terbiar dalam kawasan sekolah yang sepatutnya diusahakan dengan aktiviti berfaedah seperti aktiviti pertanian.


Kaedah Pelaksanaan;

Untuk melaksanakan projek pertanian ini, satu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja telah dibentuk dengan penglibatan menyeluruh daripada semua warga sekolah. Ini bertujuan untuk meletakkan projek pertanian terutamanya tanaman pisang sebagai Projek Kebitaraan dan Mega Sekolah. Satu kertas kerja telah dibuat yang merangkumi setiap satu bahagian dalam pelaksanaan projek ini.


Harapan

Harapan pihak sekolah khususnya PUM sekolah ini agar pada masa akan datang projek ini akan berjaya dan menjadi rujukan kepada PUM dari sekolah-sekolah lain untuk melihat sejauh mana projek pertanian berjaya dilaksanakan di bawah Memupuk Budaya Keusahawanan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment