Kota Lukut taman warisan,
Tempat bersemadi pahlawan terbilang,
Program usahawan muda pemangkin wawasan,
Majulah bangsa usahawan terbilang.

Friday, June 11, 2010

PROJEK KHAS PUM 2






PEMBINAAN WAKAF NAEMAH SEBAGAI WAKAF ANGKAT PUM SMKYTR

Idea dan konsep pembinaan ini telah diilhamkan oleh Pengetua Cemerlang SMKYTR, Pn Hjh Hamidah bt Burok. Ini adalah salah satu usaha berterusan pihak sekolah untuk memartabatkan program ini dalam kalangan pelajar sekolah seterusnya memupuk minat para pelajar untuk memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan masa depan.

Nama 'Naemah' yang tertera pada wakaf tersebut adalah diambil sempena nama mantan pengetua kedua sekolah ini iaitu Datin Hjh Naemah bt Ahmad Dahalan (2007-2008). Wakaf ini telah diserahkan kepada Syarikat Mutiara PD Sdn Bhd untuk dikendalikan dan dijadikan wakaf angkat.

Tujuan;

Tujuan utama pembinaan wakaf ini adalah sebagai tempat penghuni asrama berehat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, pelbagai aktiviti asrama dan sekolah juga dapat dijalankan di wakaf ini. Pada wakaf ini disediakan sebuah papan kenyataan untuk ditampal atau dilekatkan sebarang info berkaitan Program Keusahawanan kepada pelajar.

Dengan adanya info-info serta motivasi keusahawanan ini, para pelajar dapat menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan berkaitan bidang ini. Mereka boleh membaca atau membuat rujukan dan diharapkan peluang ini tidak akan dipersiakan begitu sahaja. Lebih membanggakan lagi, segala yang berkaitan adalah tentang usahawan-usahawan bumiputera serta pelaksanaan PUM di sekolah-sekolah.

Konsep Wakaf

Wakaf yang dibina menggunakankayu dan beratap genting ini menelan kos sebanyak RM10000. Wakaf ini didirikan di perkarangan asrama putera dan dihias cantik serta lengkap dengan maklumat pelaksanaan PUM di sekolah serta perkara-perkara yang berkaitan untuk dibaca oleh pelajar dan orang ramai.

No comments:

Post a Comment